- TENTANG AMWAY -
AMWAY adalah syarikat jualan langsung No. 1 di dunia, menurut Direct Selling News Global 100*.
Beroperasi di lebih 100 negara dan wilayah, AMWAY mengeluar dan mengedar lebih 600 produk pengguna, yang disokong oleh pasukan kami yang melebihi 950 saintis, jurutera dan pakar teknikal AMWAY yang bertugas di lebih 75 makmal R&D dan jaminan kualiti di serata dunia. Jenama terlaris untuk AMWAY termasuk vitamin, mineral dan suplemen dietari NUTRILITE, produk penjagaan kulit dan kosmetik warna ARTISTRY serta sistem rawatan air eSpring.Warisan AMWAY
AMWAY diasaskan di Ada, Michigan, Amerika Syarikat, oleh dua orang
sahabat dan rakan perniagaan sepanjang hayat, Jay Van Andel dan Rich
DeVos. Mereka memulakan perniagaan pada 1959 dari bilik bawah tanah
rumah mereka. Rich dan Jay percaya memiliki perniagaan membolehkan anda
mengawal kehidupan sendiri dan memberikan nafkah yang lebih baik kepada
keluarga. Jadi mereka pun membina perniagaan AMWAY bagi memudahkan
orang lain memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka sendiri.
Semangat keusahawanan para pengasas ini terus memarakkan lagi AMWAY.
Hari ini, AMWAY adalah salah sebuah syarikat milik persendirian terbesar
di Amerika Syarikat. Ia masih dimiliki dan diuruskan oleh anak-anak
pengasas.
*Diterbitkan dalam Direct Selling News edisi Jun 2015, berdasarkan perolehan 2014
Nanti saya kongsikan cerita kenapa saya memilih AMWAY...