Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, October 27, 2010

:: Roti Keping ala2 Roti John ::

Our menu 4 dinner last nite... As per requested by Mr. Hubby..Layan je la.

Ala2 Roti John...Tp tak pakai roti panjang la ummi gune roti keping tu je...Dari tak makan roti keping tu baik ummi buat ala2 roti john..hehehehe..

Bahan2

Daging Kisar
Bawang Merah ( dicincang)
Daun Bawang ( Dihiris)
Cili Merah ( potong dadu )
Lada Hitam (ditumbuk & boleh gune yg serbuk)
Garam
Minyak
Roti
Telur

Cara2..




Tumiskan bawang merah & cili merah sehingga kuning..Masukan daging kisar...Bile dah kering masukkan daun bawang,Lada hitam dan garam secukup rasa..

Pukul telur sehingga kembang...saya dah x letak garam dlm telur sbb dah letak garam kat daging td..

Bile daging td dah masak & kering masukkan kedalam telur yg telah kembang td...kacau sehingga sebati..

Panaskan kuali leper..Pastikan kuali ni tidak melekat..saya gune planta..Letak sesenduk bahan td...
Tepekkan roti diatas telur & daging...Sehingga masak..dah bolehla diangkat..

Bile dah siap masak..

Ni la die Roti Keping Ala2 Roti john...Dah siap..Jom makan!!!!..

Selamat mencuba!!!!!

No comments: